KARNIVAL FUTSAL KOPETRA EDISI 2.0 2018
(Faris Petra Interbatch Tournament)
KOPERASI ALUMNI SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA KELANTAN BERHAD (KOPETRA)
(Pengelola : GEDIO SDN BHD 1218129-X)
15 SEPTEMBER 2018 – SABTU
UPTOWN SPORTS
PT 76828 PERSIARAN JAYA
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Selain dari peraturan umum di atas, penganjur/pengelola dengan nasihat pengadil bertauliah adalah berhak meminda atau mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran Karnival Futsal Kopetra 2018.
7.1 Pendaftaran Pasukan :Pengisian borang penyertaan secara atas talian (on-line) di https://kopetrafutsal.gedio.net dan hendaklah dihantar kepada pengelola kejohanan GEDIO SDN BHD pada atau sebelum 08 September 2018 (Sabtu).
7.2 Pasukan akan dipecahkan kepada 3 kategori :
7.2.1 KATEGORI SUPER SENIOR (Batch 1975 – Batch 1993)
7.2.2 KATEGORI SENIOR (Batch 1994 – Batch 2005)
7.2.3 KATEGORI JUNIOR (Batch 2006 – Batch 2017)
7.3 Penyertaan untuk setiap BATCH adalah terhad kepada 2 pasukan sahaja.
7.4 Yuran Penyertaan :
7.4.1 KATEGORI SUPER SENIOR – RM 300 / Pasukan
7.4.2 KATEGORI SENIOR – RM 300 / Pasukan
7.4.3 KATEGORI JUNIOR – RM 150 / Pasukan
*Bayaran : KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA KELANTAN
*Akaun : 86-0184047-4 (CIMB)
7.5 Penyertaan Pendaftaran pemain adalah terbuka kepada ALUMNI (Bekas Pelajar) Sekolah Menengah Sains Kelantan / Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra / Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra sahaja.
PENTING : Setiap pemain yang layak hanya dibenarkan mendaftar untuk satu (1) pasukan sahaja.
7.6 Bilangan pemain untuk setiap pasukan :
Minimum : 6 Pemain termasuk pengurus/jurulatih pasukan.
Maksimum : 10 Pemain termasuk pengurus/jurulatih pasukan.
7.7 Setiap pasukan adalah disyaratkan untuk mendaftar pemain dalam BATCH yang sama. Namun atas dasar semangat alumni dan kemeriahan karnival futsal ini, dengan persetujuan dan budi bicara pihak penganjur/pengelola, pasukan (batch) yang tidak mempunyai cukup pemain, dibenarkan untuk mendapatkan khidmat pemain yang diluar daripada batch (Pemain Import) masing-masing dengan berpandukan kriteria berikut:
7.7.1 Pemain adalah bekas pelajar SMSTMFP dan berdaftar secara rasmi
7.7.2 Kelayakan pemain import terhad kepada kategori masing-masing (cth Junior, Senior atau Super Senior) sahaja. Setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan 20% mengikut nisbah bilangan pemain berdaftar untuk pasukan tersebut
7.7.3 Gabungan 2 Batch : Gabungan antara 2 batch dibenarkan yang mana pembahagian pemain adalah berdasarkan nisbah 50:50 tertakluk kepada katergori yang sama dan kumpulan tersebut perlu dinamakan Batch (x) & (y), Cth: Batch 90 & 91
7.7.4 Gabungan 2 atau lebih batch : Alumni dibenarkan menubuhkan gabungan pemain dari pelbagai batch (masih dalam kategori yang sama) tetapi tidak melebihi jarak 4 tahun untuk setiap pemain dan akan dinamakan Batch Mixed 00-an/90-an/80-an, Cth: Gabungan batch 95,96,97,98,99 dibenarkan tetapi gabungan 93,94,97,98,00 adalah tidak dibenarkan.
7.8 Undian kumpulan pasukan akan diadakan pada 12 SEPTEMBER 2018 (RABU) Undian akan dibuat oleh pihak Pengelola. Sebarang permohonan pertukaran senarai nama pemain hanya boleh diterima sebelum undian dilakukan. Permohonan selepas undian selesai tidak akan dilayan. Keputusan undian adalah muktamad.
7.9 Pemain yang tidak berdaftar tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam kejohanan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
7.10 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
7.11 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :
7.11.1 Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
7.11.2 Pemain masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.
7.11.3 Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.
7.11.4 Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang, di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang diganti tidak lagi dianggap pemain.
7.10.5 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
8.1 Format kejohanan adalah Liga Berkumpulan untuk peringkat kumpulan dan pusingan Kalah Mati untuk peringkat seterusnya.
8.2 Setiap kumpulan akan dipecahkan mengikut 3 kategori yang ditetapkan :
8.2.1 KATEGORI SUPER SENIOR (Batch 1975 – Batch 1993)
8.2.2 KATEGORI SENIOR (Batch 1994 – Batch 2005)
8.2.3 KATEGORI JUNIOR (Batch 2006 – Batch 2017)
CONTOH
KATEGORI SUPER SENIOR | KATEGORI SENIOR | |||||
A1 | B1 | C1 | A1 | B1 | C1 | |
A2 | B2 | C2 | A2 | B2 | C2 | |
A3 | B3 | C3 | A3 | B3 | C3 | |
A4 | B4 | C4 | A4 | B4 | C4 | |
KATEGORI JUNIOR | ||||||
A1 | B1 | C1 | ||||
A2 | B2 | C2 | ||||
A3 | B3 | C3 | ||||
A4 | B4 | C4 |
8.3 Pusingn Kalah Mati akan diadakan mengikut kategori masing-masing.
8.4 Pemenang adalah mengikut kategori masing-masing.
8.5 Pihak Penganjur/Pengelola adalah berhak untuk mengubah jadual & format permainan (bergantung kepada jumlah penyertaan) sebelum kejohanan bermula
9.1 Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah satu daripada 11 kesalahan-kesalahan berikut :
9.1.1 Menendang atau cuba menendang pemain lawan.
9.1.2 Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba membongkok di hadapan atau di belakang.
9.1.3 Melompat ke pemain lawan.
9.1.4 Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.
9.1.5 Merempuh pemain lawan dari belakang.
9.1.6 Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau juga meludah.
9.1.7 Memegang pemain lawan.
9.1.8 Menolak pemain lawan.
9.1.9 Merempuh pemain lawan dengan bahu.
9.1.10 Menggelunsur (‘sliding tackle’) untuk memainkan bola yang
sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan.
9.1.11 Memengang bola iaitu dengan membawa, menampar atau mengawalnya menggunakan tangan atau lengan (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri) ;
Hukuman – dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak lawan dari tempat di mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang pemain dari pasukan bertahan sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya dihukum dengan satu (1) sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di dalam permainan.
9.2 Seseorang pemain yang melakukan salah satu dari 4 kesalahan berikut :
9.2.1 Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya.
9.2.2 Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola atau menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.
9.2.3 Merempuh penjaga gol kecuali setelah keluar dari kawasan penalti.
9.2.4 Apabila bermain sebagai penjaga gol :-
9.2.4.1 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan kepadanya.
9.2.4.2 Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.
9.2.4.3 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di mana-mana bahagian gelanggang, melebihi empat (4) saat.
9.2.4.4 Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya sebelum disentuh atau dimainkan oleh pihak lawan.
Hukuman – dengan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan enam (6) meter paling hampir dengan tempat kesalahan dilakukan.
9.3 Seseorang Pemain diberi amaran jika :
9.3.1 Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain yang hendak digantikan masuk dari tempat yang tidaksepatutnya.
9.3.2 Sentiasa melanggar undang-undang permainan.
9.3.3 Membantah dengan perkataan atau perbuatan sebarang keputusan
pengadil.
9.3.4 Bersalah kerana tiada semangat kesukanan.
Untuk kepada kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan enam (6) meter, paling hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran berkaitan dan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih berat berlaku.
9.4 Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada pendapat pengadil :
9.4.1 Bersalah kerana bermain dengan amat kasar yang amat merbahayakan.
9.4.2 Bersalah kerana berkelakuan ganas yang membahayakan pemain lawan.
9.4.3 Menggunakan bahasa yang meyinggung perasaan, menghina atau kata
kata yang kesat dan lucah.
9.4.4 Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.
Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang kepada pemain di atas kesalahan para 9.4.2 tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus hendaklah diambil dari garisan enam (6) meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.
9.5 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap melakukannya di dalam padang.
10.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan format :
10.1.1 MENANG – 3 MATA
10.1.2 SERI – 1 MATA
10.1.3 KALAH – 0 MATA
10.2 Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi Johan Kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi Naib Johan Kumpulan dan seterusnya untuk kedudukan ketiga serta keempat.
10.3 Sekiranya jumlah mata adalah sama bagi penentuan Johan, Naib Johan Kumpulan, Ketiga dan Keempat, kriteria berikut akan diambil kira sebagai penentuan :
10.3.1 Jaringan paling banyak.
10.3.2 Bolos paling sedikit.
10.3.3 Rekod pertemuan antara kedua pasukan.
10.3.4 Sekiranya masih sama, penentuan akan ditentukan melalui lambungan duit syiling dan keputusan adalah muktamad.
10.4 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri, maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan penalti dan jika masih seri, penalti secara ‘sudden death’ akan berkuatkuasa mengikut peraturan FIFA.
11.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh hari kejohanan berlangsung.
11.2 Setiap pasukan akan bersedia bermain lebih daripada satu perlawanan di dalam satu (1) hari.
11.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur.
11.4 Tempoh masa permainan adalah seperti berikut :
11.4.1 Peringkat Awal (Liga Berkumpulan)
– 5 minit untuk setiap separuh masa (10 minit / perlawanan)
11.4.2 Pusingan Kalah Mati (Pusingan ke 2 sehingga Perlawanan Akhir)
– 7 minit untuk setiap separuh masa (15 minit / perlawanan)
11.5 Jangka masa bagi setiap separuh masa boleh dilanjutkan untuk membolehkan penentuan sepak penalti diambil.
11.6 Pasukan-pasukan berhak meminta satu (1) perhentian masa (time out)
di tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut :
11.6.1 Pengurus atau jurulatih pasukan boleh meminta satu (1) perhentian masa (time out) satu (1) minit dari pengadil/penjaga masa. Permintaan boleh dibuat pada bila-bila masa [satu (1) disetiap separuh masa] tetapi hanya boleh berbuat demikian apabila bola di bawah kawalan pasukannya.
11.6.2 Bila perhentian masa (time out) diberi,pemain-pemain boleh berkumpul di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku simpanan pasukan. Pemain-pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang dan begitu juga pengurus/jurulatih pasukan yang memberi arahan tidak dibenarkan memasuki gelanggang.
11.6.3 Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang dibolehkan di separuh masa pertama tidak boleh membawanya ke hadapan dalam separuh masa kedua.
11.7 Rehat pada separuh masa tidak melebihi satu (1) minit.
11.7.1 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.
11.7.2 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain- pemain kepada pengadil rasmi sepuluh (10) minit sebelum perlawanan sepatutnya bermula mengikut jadual.
11.7.3 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama sepuluh (10) minit. Jika setelah tamat tempoh tangguhan tersebut, maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir dengan kiraan 3-0.
12.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada pemain-pemain lain.
12.2 Baju pemain hendaklah bernombor dan setiap pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor berbeza. Penjaga gol dibenarkan memakai warna dimana dengan mudahnya dapat membezakan dengan pemain-pemain lain dan pengadil.
12.3 Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain tersebut hendaklah memakai pakaian berwarna lain dari pemain-pemain di dalam pasukannya.
Pihak penganjur/pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.
14.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat kepada pihak penganjur dalam tempoh masa (15) lima belas minit selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.
14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di dalam gelanggang.
14.3 Pasukan yang membuat bantahan perlulah mengemukakan bukti-bukti kukuh berhubung bantahan yang dibuat.
14.4 Bantahan mengenai kelayakan peserta hendaklah dibuat sebelum tamat pusingan awal (pusingan liga berkumpulan). Bantahan yang dibuat selepas itu (pusingan kalah mati) tidak akan dilayan oleh pihak penganjur.